Ahad, 5 Jun 2011

Tuala Wanita Penyebab Kanser?

'Tuala Wanita' merupakan perkara yang sangt penting bagi setiap wanita yang mencapai akil baligh..Seawal usia 12 tahun 'wanita' telah terbiasa dengan pemakaian tuala wanita.

Namun sedarkah kita disebalik PUTIH 'tulen' dan bersih tuala wanita yang menjadi kegunaan kita berdekad lamanyamerupakan salah satu penyebab kanser...fibroid..kemandulan dan pelbagai sakit puan yang lain

Tahukah anda, tuala wanita serbuk kayu pulpa, kotak, kertas terbuang yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur yang berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu DIOKSIN.
Lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita diselurruh dunia pada tahun 1970 hingga sekarang.

BAGAIMANA DIOKSIN BOLEH MERESAP KEDALAM RAHIM DAN MENYEBABKAN KANSER?

Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Sejenis gas toksik yang dinamakan Dioksin terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan meresap ke dalam uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiub fallopian.



Jadi, kita harus berhati hati dalam memilih tuala wanita, pantiliner atau tampon.

Walaupun tuala wanita dianggap sangat penting dan menjadi penyelamat wanita daripada kebocoran semasa datang haid atau lelehan keputihan yang keterlaluan, ia sebenarnya boleh memudaratkan secara diam sekiranya wanita menggunakan tuala wanita bermutu rendah.


APA ALTERNATIF YANG KITA ADA?
1) Menggunakan kain kapas alternatif guna semula
2) Menggunakan Tuala wanita kain kapas
3) Menggunakan Tuala wanita kain kapas organik
4) Menggunakan Tuala wanita berherba yang berasaskan kapas

contoh:
Image


BERHATI-HATI!!
Ramai antara kita keliru dalam memastikan tuala wanita yang digunakan adalah daripada kapas atau tidak. Kebanyakan wanita terpedaya dengan slogan' selembut kapas' yang tertera pada pembungkus tuala wanita. 'selembut kapas' tak bermakna diperbuat daripada kapas. Biasanya tuala wanita daripada kapas ni agak mahal sedikit berbanding tuala wanita daripada pulpa dan kertas terbuang....

1 ulasan:

  1. Tidak semestinya tuala wanita yang berharga mahal itu selamat contoh tuala wanita di atas kerana tiada lapisan Anion yg berwarna hijau....lagipun lapisan terakhirnya dari pelastik nk saya buktikan....bukan dari fiber yg boleh membebaskan udara panas...klo dari plastik mana lagi haba 2 nk pegi melainkain bakteria boleh membiak dan masuk semula ke dalam rahim ya Allah takutnya..dan ini akan menyebabkan apa lu fikir la sendiri

    BalasPadam