Ahad, 12 Jun 2011

Mengapa Wanita Lebih Mudah Dijangkiti Bakteria ketika Kedatangan Haid?

Ini adalah kerana hampir 107 bakteria boleh hidup atas satu milimiter persegi permukaan tuala wanita biasa, satu persekitaran yang meransang pertumbuhan bakteria dan virus bahaya selepas penggunaan 2 jam secara terus menerus

Kesilapan Umum Semasa Penggunaan Tuala Wanita:

* Tangan tidak dicuci semasa memegangnya
* Menyimpan tuala wanita ditempat yang lembab seperti bilik mandi
* Mengguna tuala wanita yang telah tamat tempoh
* Memilih tuala wanita tanpa penekanan terhadap kualitinya
* Menggunakan tuala wanita yang berubat atau mempunyai deodoran
* Tidak menukar sekerap mungkin tuala wanita yang digunakan

Adakah Anda Tahu Mengenai Kandungan Tuala Wanita yang Biasa Anda Pakai?

Hampir semua wanita tidak pernah tahu tentang tuala wanita yang biasa mereka beli dan pakai selama ini. Pernahkah mereka memotong dan membuka tuala wanita tersebut untuk melihat kandungannya? Pernahkah mereka membuat penyelidikan untuk mengenalpasti kandungannya supaya mereka dapat tahu samada ia baik atau tidak untuk penjagaan alat sulit mereka?

Biasanya, mereka akan hanya melihat faktor harga dan faktor keselesaan tanpa berfikir panjang mengenai risiko kesihatan yang mereka hadapi akibat dari penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah.

Hampir semua wanita tidak tahu risiko memakai tuala wanita biasa

Tuala wanita diklasifikasikan sebagai “Fast Moving Consumer Product” - produk konsumer cepat bergerak; yakni ia cepat habis dan ia merupakan produk pakai buang.



Akibat dari ini, para pengilang menggunakan bahan yang paling rendah kualiti supaya harganya dapat dijadikan murah supaya menjadi pilihan pengguna. Kertas-kertas dari pelbagai sumber – dari sampah-sampah dikitar semula, dan dirawat menggunakan bahan kimia berbahaya digunakan untuk mengilangkan tuala wanita – semata-mata supaya kos pengeluaran dapat direndahkan.



Tahukah Anda?

Menurut kajian dan penyelidikan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO):
83% penyakit yang menimpa kaum wanita bermula dari alat kelamin (faraj), dan
62% daripadanya adalah berpunca dari penggunaan tuala wanita (pad) yang berkualiti rendah.

Jika seseorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, beliau akan menghabiskan masa selama 6 tahun dalam seumur hidupnya untuk mendapatkan rawatan

Bagaimana jangkitan faraj yang boleh membawa kepada kanser pangkal rahim dan penyakit yang seumpama dengannya boleh berlaku?

Keratan Akhbar: Tuala Wanita Ancaman Kesihatan dalam Diam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan