Isnin, 23 April 2012

M6 air nano hidrogen tips kesihatan


Kurang air jejas emosi

Menjaga keperluan air di dalam tubuh bukan hanya sekadar 
saranan semata-mata, tetapi ia mempunyai manfaat 
tersendiri.Bagi anda yang sering menahan dahaga,
sebaiknya cuba jauhi kebiasaan tersebut.

Ini kerana, melalui sebuah kajian di Amerika's University Connecticut mendapati bahawa dehidrasi ringan boleh mempengaruhi emosi, tenaga dan kemampuan seseorang untuk berfikir secara waras.
Dehidrasi ringan selepas melakukan aktiviti fizikal, baik berjalan kaki selama 40 minit, mahupun duduk tanpa minum air dalam tempoh yang lama, bole memberi kesan buruk yang sama.
Rasa haus memang akan berlaku setelah tubuh kekurangan air sekitar 1 hingga 2 peratus.Namun, ketika sudah mencapai titik tersebut sebenarnya, tanpa disedari dehidrasi sudah mempengaruhi prestasi tubuh dan fikiran.
Dehidrasi ringan bagi wanita boleh menyebabkan kelelahan dan pening kepala, sehingga sukar untuk memberikan tumpuan.Sementara itu, bagi lelaki pula dehidrasi ringan akan membuat beberapa kesukaran dalam menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan mental,khususnya pada aspek disiplin dan memori, serta rentan mengalami keletihan, ketegangan dan kebimbangan.
Demi menjaga kecukupan air di dalam tubuh, para pakar mencadangkan untuk minum air sekurang-kurangnya dua liter setiap hari.Selain daripada itu, tambahkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi banyak air.
http://www.facebook.com/pages/M6-air-nano-hidrogen/171383529589566



Tiada ulasan:

Catat Ulasan